1. Burung Kenyalang
Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (bahasa Inggerisnya: Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung enggang terbesar, dewasa 110-127 cm (43-50 inci) panjang dan seberat 2-3 kg (4.4-6.6 paun). Burung Enggang Badak hidup dalam kurungan sehingga 35 years. Ia hanya terdapat di hutan hujan bentuk tinggi. Nama sainsnya Buceros rhinoceros. Ia merupakan salah satu spesies burung yang terdapat di Kepulauan Borneo.
Bagi sesetengah penduduk Dayak, burung Enggang Badak mewakili Dewa Perang mereka, Singalang Burong. Ia merupakan burung negeri Sarawak.
Burung Enggang Badak atau juga dikenali sebagai burung Kenyalang boleh didapati di kepulauan Borneo (Sarawak,Sabah, Brunei dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa.
Sebagaimana burung enggang lain, burung jantan memiliki mata kuning bata atau merah, dan burung betina mata keputihan. Burung ini memiliki paruh kebanyakannya putih dan casque (hujung lengkung casque menaik sungguh menarik), tetapi terdapat warna kuning bata di sana sini. Ia mempunyai dada putih, terutama di bahagian ekor.
Mengawan dan berpasangan bagi burung ini adalah amat penting, kerana burung betina perlu mempercayai burung jantan bagi membekalkan semua perkara ketika ia mengeram dan membesarkan anak. Burung enggang ini bertelur dalam batang pokok, burung betina tinggal di dalamnya bersama telor, sementara burung jantan membawa makanan kepada burung betina dan anak-anaknya.
Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi menutup bukaan masuk ke sarang. Ini meninggalkan bukaan kecil, hanya muat bagi burung jantan memberi makan burung betina (dan kemudian anak burung) dan bagi burung betina membuang najis keluar lubang. Apabila anaknya cukup besar (tumbuh bulu)bagi meninggalkan sarang burung jantan dan betina mematuk lumpur kering untuk keluar. Burung Enggang badak makan buah-buahan, serangga, reptilia kecil, tikus, dan burung kecil.
2. Burung Tiong Mas
Burung Tiong Mas (dalam bahasa Inggerisnya: Hill Myna) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Gracula religiosa.
Burung Tiong Mas adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Tiong Mas adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Tiong Mas terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikle.
Ia biasanya sepanjang 30 cm. Burung Tiong Mas digemari ramai kerana ia boleh dilatih untuk mengajuk suara manusia.
Sebagai burung, Burung Tiong Mas membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Burung Tiong Mas biasa terdapat di hutan hujan tanah rendah, Ia sering bersarang tinggi dan sukar dicapai pada lubang batang pokok yang mati. Terdapat dua atau tiga biji telor yang biru kehijauan dengan tompok perang besar. Musim membiak antara Februari hingga May.
Burung Tiong Mas merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.
3.
No comments:
Post a Comment